Huraian hukum syara’
1)hukum merupakan keputusan mnakala syara’ adalah undang-undang.hukum syara’ atau hukum taklifiyyah terbahagi pulak kepda lima
1)wajib-perkara yang apabila dilakukan akan memperolehi pahala jika tidak dibuat maka memperolehi dosa
2)haram-perkara yang apabila dibuat akan memperolehi dosa dan apabila tidak dibuat dengan (ikhlas) akan memperolehi pahala
3)sunat-perkara yang dibuat akan memperolehi pahala dan apabila ditinggal tidak memperolehi apa-apa tetapi amatlah merugikan bagi yang meninggal akannya
4)makruh-perkara yang disunatkan meninggal akannya, jika dibuat tidak berdosa tetaoi amatlah merugikannya
5)mubah-perkara yang dipilih untuknya untuk melakukannya atau tidak tetapi tidak diberikan pahala atau dosa
Huraian hukum adat
Hukum adat ialah perkara yang kerap kali berlaku atau menjadi kebiasaan sebagai contoh seperti jikalau makan akan jdi kenyang dan sebagainya. Hukum adat terbahagi pulak kepada tiga
1)Wajib adat-perkara yang pasti berlaku pada kebiasaan seperti jikalau memotong tali dengan pisau yang tajam pasti akan putus
2)Mustahil adat-perkara yang tidak biasa berlaku dan tidak pernah berlaku seperti kertas apabila dibakar tidak akan terbakar
3)Harus adat-perkara yang boleh berlaku atau mungkin tidak akan berlaku seperti kertas apabila dibakar akan terbakar dan kertas mungkin tidak akan terbakar jika dibakar
Huraian hukum akal
Hukum akal ialah perkara memutus seseorang dengan fikiran akal yang membetuli bagi perkara-perkara yang di fikir. Ia terbahagi pulak kepada tiga
1)Wajib akal-perkara yang difikir tentu sungguh sebagai contoh seperti adanya Allah s.w.t
2)Mustahil akal-perkara yang difikir tentu tidak sungguh sebagai contoh tiadanya Allah s.w.t
3)Harus akal-perkara yang difikir tentu sungguh mungkin tidak sungguh sebagai contoh adalah makhluk . makhluk mungkin tidak ada namun sungguhnya ada.
Sifat-sifat wajib bagi Allah s.w.t
1)Sifat Nafsiah
• Sifat nafsiah ialah sifat yang bangsa ada iaitu: wujud
2)Sifat Salbiah
• Sifat salbiah ialah sifat yang menafikan segala sifat yang tidak layak pada Allah s.w.t iaitu:
1)Qadim(sedia kala)
2)Baqa’(kekal)
3)Mukhalafatuhu taala lil hawadis(bersalahan Allah daripada segala yang baharu)
4)Qiamuhu taala binafsih(berdiri Allah s.w.t dengan sendirinya)
5)Wahdaniah(keesaan)
3)Sifat Maani
• Sifat maani ialah sifat yang terlekat pada zat Allah s.w.t atau sifat yang ada di zat iaitu:
1)Qudrat(pekuasa)
2)Iradah(pekehendak)
3)Aliman(pengetahui)
4)Hayyat(penghidup)
5)sama’(pendengar)
6)Basar(penglihat)
7)Kalam(pekata)
4)Sifat Maanawiyyah
• Sifat maanawiyyah ialah sifat yang melazimi sifat maani iaitu:
1)Kaunuhu Qadiran(keadaan Allah yang pekuasa)
2)Kaunuhu Iradan(keadaan Allah yang pekehendak)
3)Kaunuhu Aliman(keadaan Allah yang pengetahui)
4)kaunuhu Hayyan(keadaan Allah yang penghidup)
5)Kaunuhu Sami’an(keadaan Allah yang pendengar)
6)Kaunuhu Basiran(Keadaan Allah yang penglihat)
7)Kaunuhu Mutakal’liman(keadaan Allah yang pekata)
Sifat Harus bagi Allah
1)Sifat Harus iaitu perkara yang tentu sungguh Allah s.w.t harus memperbuat dan harus meninggal akan Allah tidak wajib memperbuat dan mustahil pulak ia meninggalkanya.
Sifat wajib bagi rosul
1)Fatonah(Bijaksana)
2)Sidiq(Benar)
3)Tabligh(menyampaikan)
4)Amanah(dipercayai)
Sifat yang harus bagi rosul
Sifat harus ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa seperti sakit dan sebagainya
Ana memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam penulisan ini mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah dalam memahami ilmu ussuluddin.
Al-faqir ilallah
0 comments:
Post a Comment